Sponsers

Isnin, 17 September 2012

Mangsa terjatuh di dalam laut ditemui terapung

ALOR SETAR - Bekas tentera yang dikhuatiri lemas apabila terjatuh sewaktu memancing di perairan Kuala Sala pada Jumaat lalu, ditemui terapung di perairan Pulau Payar pada jam12.40 tengah hari, semalam.

Ketua Bot Penyelamat Maritim, Asmadi Beliya berkata, pihaknya mengambil masa lebih dua jam untuk mencari Muhamad Zaharuddin Osman, 28, di kawasan perairan itu setelah menerima laporan awal daripada beberapa anggota yang menemui tanda-tanda terdapat mayat terapung di situ.

Menurutnya, hasil pencarian sebanyak 17 bot nelayan, sebuah bot Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan satu bot Bomba berjaya menemui mayat mangsa kira-kira 13 batu nautika dari jeti Kuala Sala.

lemas terjatuh laut
Anggota JPAM dan Bomba mengangkat mayat mangsa di jeti Kuala Sala.

“Mayat mangsa ditemui terapung di tengah lautan oleh pihak Maritim dan dibawa pulang ke jeti Kuala Sala kira-kira jam 2.20 petang untuk urusan pengecaman oleh ahli keluarga terdekat.

Operasi pencarian mayat mangsa melibatkan enam anggota JPAM, 14 anggota Bomba dan Penyelamat, lima anggota Maritim serta puluhan orang nelayan Kuala Sala.

Mayat mangsa di temui di kawasan perairan Pulau Payar.lemas terjatuh laut.

“Kalau keluar ke laut, jaga keselamatan dan berhati-hati serta pakai jaket keselamatan. Sekurang-kurangnya kalau jatuh ke laut pun, dapat selamatkan kita,” 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...