Dengan sambutan produk gajet, banyak firma daripada pelbagai negara cuba mengeluarkan jenama masing-masing bagi merebut pasaran yang besar ini.
Salah satunya daripada ZTE Corporation (ZTE).Baru-baru ini melancarkan telefon bimbit Android 4.1 (Jelly Bean) pertama di China dan mengembangkan lagi penguasaan ZTE sebagai pembekal perkakasan telekomunikasi dan peranti mudah alih global.
Selepas ini semua telefon pintar keluaran ZTE akan menggunakan Android 4.1. telefon pintar ini mempunyai skrin sentuh 4.0 inci WVGA dengan pemprosesan 1GHz 7627A Qualcomm, memori 4GB dan kamera 3.2MP.
Ia adalah rekaan ultra-nipis dengan hanya 10.4mm tebal.
ZTE N880E







0 ulasan:
Catat Ulasan