Sponsers

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Isnin, 8 Oktober 2012

Pendaftaran BR1M 2.0 bermula 1 Nov 2012


BR1M 2.0


Pendaftaran mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 bagi pemohon baru dan orang bujang yang layak akan dibuka mulai 1 Nov ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang yang disediakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pejabat daerah serta pejabat pembangunan persekutuan, selain dalam talian. 
Bagi penerima BR1M yang lalu, mereka tidak perlu lagi memohon kerana akan layak secara automatik menerima BR1M 2.0 yang dijangka diagih awal tahun depan, katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

"Namun kami tetap buat pemeriksaan, mungkin ada yang perlu pengubahsuaian, mungkin ada kes-kes penerima BR1M tahun ini yang dah meninggal dunia. Kalau ketua keluarga dah meninggal, isteri masih boleh ambil (BR1M 2.0)," katanya.

Pada pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BR1M 2.0 yang turut diperluas kepada orang bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan kurang RM2,000 yang melayakkan mereka menerima RM250.


Bagaimanapun pelajar institusi pengajian tinggi tidak layak menerima BR1M 2.0, sebaliknya mereka akan menerima Baucar Buku 1Malaysia juga bernilai RM250.

BR1M tahun ini menyaksikan kerajaan persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.2 juta isi rumah membabitkan peruntukan kira-kira RM2.2 bilion, manakala BR1M 2.0 membabitkan peruntukan RM3 bilion dengan tambahan penerima kira-kira 2.7 juta individu bujang.

Mengulas lanjut, Ahmad Husni berkata mereka yang tercicir daripada senarai BR1M yang lalu juga layak memohon BR1M 2.0.

Bagi memastikan hanya yang benar-benar layak menerima BR1M 2.0, kementerian itu akan membuat semakan dengan agensi berkaitan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan LHDN, kata Ahmad Husni

@ Edisi

Jumaat, 28 September 2012

Najib umum BR1M 2.0, RM250-RM500


SHAH ALAM - Perdana Menteri Malaysia mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia Kedua (BR1M 2.0) iaitu antara RM250 dan RM500.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 manakala RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan
pemberian BR1M sebanyak RM250 kepada rakyat yang masih bujang akan diberikan bermula awal tahun hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Budget 2013 di Bangunan Parlimen
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Budget 2013 di Bangunan Parlimen
Katanya, "Rakyat bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan diberikan bantuan sebanyak RM250."
"Hakikatnya, bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis malah manifesto sebuah kerajaan bertanggungjwab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya pada perbentangan Bajet 2013 hari ini.

Kesimpulan
1) Isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 = RM 500.00

2) Individu bujang berumur 21 tahun ke atas = RM 250.00
    (tidak melebihi RM2,000 sebulan )


BR1M 2.0 - PM NAJIB RAZAK


Sabtu, 22 September 2012

Setup For Android


Apparently you need these stuff in your Android Device:

  • Rooted Android device
  • Kernel that support tun (Tun.ko). Some device can use Tun.ko installer (Download using Google Play/Market)
  • Openvpn Binary (Openvpn Installer and Openvpn Setting in Google Play/Market)
  • SetDNS (Google Play/Market)
1. Please make sure you have the above requirement.

2. Download and install "Busybox Installer by Stericson" from Google Play/Market
3. Open OpenVPN Installer in your Android device and click install
4. Then choose /system/xbin/busybox/ifconfig (recommended)

5. Then you will be show that your openvpn installer have been successfully installed

6. Open Tun.ko Installer and install Tun.ko. Choose this path: /mnt/sdcard/tun.ko. Then you have successfully install Tun.ko. If you didn`t pass this step, you need to flash your Android device with kernel that have tun module.

7. Download mytunnel.me config file. Please choose the best config. Read the config description. Extract and place it in the /sdcard/openvpn/. If you don`t have the 'openvpn' folder, please create one.
8. Paste the mytunnel.me-config-P<your choosen port> folder in the /sdcard/openvpn/
9. Open the mytunnel.me-config-P<your choosen port> folder. Find credential.txt and edit it with any text editor that you have
10. Replace Username with your username and Password with your password
11. Open the Openvpn Setting and tick on OpenVPN to turn on OpenVPN.
12. Choose any config that you want and you will be connected to MyTunnel server
13. Enjoy mytunnel.me in your Android device
14. If you got slow connection, please download SetDNS from Google Play/Market and use Google Public DNS

Isnin, 17 September 2012

Aktor filem Innocence of Muslims merasa dikecam.

Gurji bersama Bacile semasa proses rakaman filem
Gurji bersama Bacile semasa proses rakaman filem

Aktor filem Innocence of Muslims mencetuskan amarah masyarakat Islam dunia, terpaksa menelan pil tidur apabila merasa dikecam dan  tidak selamat selepas protes dan pembunuhan  berlaku berikutan tersiarnya klip video Innocence of Muslims di YouTube.

Anna Gurji, 21, melakonkan watak isteri muda kepada seorang lelaki bernama George, tetapi pengarahnya Nakoula Basseley , bertindak menukarnya kepada Muhammad.

"Saya tidak tahu George ditukar kepada Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah. Saya bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem itu.

"Saya penganut Kristian Katolik, jadi mereka terfikir saya juga menentang Islam.Saya berasa dikhianati Bacile. Saya telah dikenali seluruh dunia dan jujur saya akui berasa malu apabila menonton watak itu," katanya kepadaThe Mail Online.

Gurji berkata, selain beliau barisan pelakon filem itu turut diperbodohkan Bacile yang kononnya tajuk filem berkenaan adalah Desert Warrior  atau  Innocence of Bin Laden selain langsung tidak berkaitan dengan isu keagamaan.

"Saya diberi watak sebagai Hilary. Menurut Bacile, filem itu mengisahkan sebuah komet jatuh di kawasan Timur Tengah, dan perebutan komet berlaku sehingga cetus peperangan untuk merebutnya.

"Filem itu sepatutnya mempunyai banyak kesan khas kerana kami berlakon di hadapan layar hijau. Kos penggambaran rendah, saya hanya dibayar $75 (RM227.73) sehari.

"Saya tidak tahu bagaimana Bacile boleh menukar jalan cerita itu. Mungkin saya bodoh tetapi tiada sesiapa menceritakan hal sebenar.
Tiada seorang pun daripada barisan pelakon terfikir filem ini mempunyai agenda rahsia," katanya mengakui filem itu dirakamkan di California.

Nakoula dibawa oleh pegawai persekutuan selepas menyerah diri
Nakoula dibawa oleh pegawai persekutuan selepas menyerah diri

    

Si penghina Nabi disiasat

Masuk hari kelima, protes filem hina nabi Innocence of Muslims, lelaki Kristian Koptik, Bacile yang berperanan sebagai penerbit dan pengarah filem itu menyerah diri untuk disoal siasat pegawai persekutuan di balai polis Cerritos, Los Angeles, kelmarin.

Bagaimanapun, Bacile, 55, hanya disoal siasat mengenai penglibatan jenayah kewangan yang berpotensi untuk dipenjarakan semula selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana kesalahan penipuan bank pada tahun 2010.

Jurucakap polis memberitahu, pihak berkuasa tidak melakukan siasatan ke atas projek filem berkenaan dan jika sekalipun ia pencetus keganasan kerana AS tidak mengiktirafnya sebagai jenayah berikutan ia termasuk di dalam akta kebebasan bersuara.



Samsung S 3 ditambah kepada dua warna

Samsung tambah dua warna untuk S3
Samsung Galaxy S 3

Pelancaran Samsung Galaxy S 3, Samsung Malaysia Electronics (Samsung) mengukuhkan kedudukan dengan memperbagaikan koleksi warna merah dan kelabu.
Ketua Reka Bentuk Samsung Galaxy S III, Minhyuok Lee berkata, setiap inci Samsung Galaxy S III direka bagi mencerminkan unsur-unsur semula jadi yang diilhamkan reka bentuk ergonomik, dari kelengkungan lembut berbentuk bezel dikurangkan.
"Dengan memperluaskan pelbagai warna Samsung Galaxy S III akan terus berkembang tema reka bentuk minima organik telefon bimbit. Pilihan warna bakal menambah membangkitkan aspek emosi dan semula jadi telefon dengan cara yang sangat mudah, tetapi berkesan," katanya. 
Jom kita lihat sedutan video ini.. 

Samsung Galaxy S3 Review



Mangsa terjatuh di dalam laut ditemui terapung

ALOR SETAR - Bekas tentera yang dikhuatiri lemas apabila terjatuh sewaktu memancing di perairan Kuala Sala pada Jumaat lalu, ditemui terapung di perairan Pulau Payar pada jam12.40 tengah hari, semalam.

Ketua Bot Penyelamat Maritim, Asmadi Beliya berkata, pihaknya mengambil masa lebih dua jam untuk mencari Muhamad Zaharuddin Osman, 28, di kawasan perairan itu setelah menerima laporan awal daripada beberapa anggota yang menemui tanda-tanda terdapat mayat terapung di situ.

Menurutnya, hasil pencarian sebanyak 17 bot nelayan, sebuah bot Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan satu bot Bomba berjaya menemui mayat mangsa kira-kira 13 batu nautika dari jeti Kuala Sala.

lemas terjatuh laut
Anggota JPAM dan Bomba mengangkat mayat mangsa di jeti Kuala Sala.

“Mayat mangsa ditemui terapung di tengah lautan oleh pihak Maritim dan dibawa pulang ke jeti Kuala Sala kira-kira jam 2.20 petang untuk urusan pengecaman oleh ahli keluarga terdekat.

Operasi pencarian mayat mangsa melibatkan enam anggota JPAM, 14 anggota Bomba dan Penyelamat, lima anggota Maritim serta puluhan orang nelayan Kuala Sala.

Mayat mangsa di temui di kawasan perairan Pulau Payar.lemas terjatuh laut.

“Kalau keluar ke laut, jaga keselamatan dan berhati-hati serta pakai jaket keselamatan. Sekurang-kurangnya kalau jatuh ke laut pun, dapat selamatkan kita,” 

Sabtu, 15 September 2012

Lelaki disyaki terbit filem hina Nabi ditahan


LOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, menyebabkan kemarahan dan protes yang mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).
Nakoula Basseley Nakoula, pernah disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak boleh akses kepada Internet.
Nakoula, 55, dilaporkan telah menafikan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakan Innocense of Muslims.

Nakoula ditahan sejurus selepas tengah malam tadi.
Dia muncul dengan mengenakan skarf, kot dan cermin mata bagi mengelakkan wajahnya dirakam oleh media.
Jurucakap Jabatan Sherif Los Angeles, Steve Whitmore mengesahkan bahawa Nakoula dibawa ke stesen sherif Cerritos untuk disoal siasat oleh pegawai-pegawai pemantauan persekutuan bagi menentukan sama ada dia telah melanggar syarat hukuman dipantau selama lima tahun yang dikenakan.
Whitmore menambah, Nakoula telah bersetuju untuk ditemu siasat oleh pihak berkuasa sebelum tiba di rumahnya.
Oleh itu katanya, keputusan dibuat Nakoula adalah secara sukarela.
"Lelaki itu memberi kerjasama," katanya lagi.
Nakoula ada memberitahu Associated Press bahawa dia bukan pengarah filem itu tetapi hanya pengurus logistik.
Pengarah filem itu dikatakan menggunakan nama Sam Bassiel.
Laporan terdahulu menunjukkan Nakoula menggunakan sekurang-kurangnya lapan nama yang lain.


Suspected 'anti-Islam' Movie Filmmaker Questioned by Federal


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...