![]() |
| Keluarga Mangsa.. |
Osman yang datang dari Kampung Batu Lapan, Sik, berkata, setelah menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 4 petang, dia segera bertolak dari rumahnya ke tempat kejadian.
Muhamad Zaharuddin yang merupakan bapa kepada dua anak turun ke laut setelah tamat menjalankan perniagaan di pasar sehari berhampiran kawasan jeti terbabit.
“Dia merupakan bekas askar dan sekarang menjalankan perniagaan menjual beg di pasar minggu.
“Saya juga telah memaklumkan kepada isterinya (Siti Mariam Jusoh, 25) yang kini berada dalam pantang anak kedua mereka berhubung kejadian yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.
Rakan mangsa yang merupakan tekong bot itu, Mohd Azmarizal Ahmad, 30, berkata, dia menyedari mangsa tidak berada di atas bot setelah panggilannya tidak disahut Muhamad Zaharuddin yang ketika itu berada di bahagian belakang bot.
Mohd Azmarizal berkata, kenalannya sejak sepuluh tahun itu mengajaknya memancing kerana mangsa sudah lama tidak turun ke laut setelah isterinya bersalin.
Dia berkata, mangsa yang kebiasaannya memegang stereng bot setiap kali turun ke laut tidak berbuat demikian kelmarin malah dia memberitahu ingin duduk di belakang untuk melihat ikan.
“Perubahan yang ditunjukkan mangsa sebelum bertolak adalah sewaktu dia maklum kepada saya mahu duduk di belakang namun saya tidak memikirkan apa-apa pada waktu itu dan menganggap ia perubahan biasa.
“Ketika saya menyedari mangsa tidak ada di bahagian belakang dan hanya tinggal jorannya sahaja, saya kemudian mengambil keputusan untuk mencarinya bersama seorang lagi rakan yang kebetulan pada waktu itu sedang tidur akibat mabuk laut,” katanya.
Mohd Azmarizal berkata, setelah hampir dua jam mencari dan mangsa tidak ditemui, mereka segera menghubungi rakan yang berada di kawasan berhampiran untuk meminta bantuan.
Sementara itu, Komander Operasi Pasukan Penyelamatan di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hasbullah Mat Isa berkata, bomba menerima panggilan pada jam kira-kira 5.35 petang.
Beliau berkata, sebanyak empat pasukan telah digerakkan bagi operasi itu dengan mengarahkan pasukan ke bahagian utara dan selatan bagi mencari mangsa.
“Kita juga mendapat bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang turut membantu mencari mangsa di bahagian pesisir pantai.
“Sewaktu operasi dijalankan keadaan air laut masih bergelora dan sehingga jam 12.30 tengah hari, kita masih belum menemui mangsa,” katanya.








0 ulasan:
Catat Ulasan