Sponsers

Rabu, 5 September 2012

Pandelela memilih belajar di universiti tempatan


Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg memilih menyambung pengajian di universiti tempatan kerana mahu terus mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih terjun kebangsaan dari China, Yang Zhu Liang.

Saya akan sentiasa bersama jurulatih...belajar di sini memberi banyak kebaikan kepada saya, ibu bapa saya juga senang untuk datang ke Kuala Lumpur melawat saya

Ikon generasi muda itu berminat mengikuti pengajian dalam bidang Sains Sukan dan sedang menunggu tawaran daripada universiti sebelum membuat pilihan. Pandelela berkemungkinan besar akan terus berada di Malaysia untuk melatih skuad terjun negara di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil. 

Atas kejayaan meraih pingat gangsa dalam acara terjun 10 meter platform wanita individu pada Sukan Olimpik London bulan lepas, Pandelela sudah menerima biasiswa daripada Yayasan Cemerlang iaitu pembiayaan penuh melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Abdul Razak dalam bidang pilihannya. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...