Sebahagian besar wanita Asia kurang pengetahuan mengenai masalah kesuburan sebaliknya cenderung menyalahkan kegagalan mereka mengandung sebagai ‘ketentuan Tuhan’ dan nasib yang tidak baik.
Satu kajian yang dijalankan terhadap 1,000 wanita di 10 negara yang berusaha untuk memperoleh anak mendapati, 62 peratus daripada mereka tidak mengesyaki mereka mungkin menghadapi masalah kesuburan.
Mereka juga kurang menyalahkan suami masing-masing dengan 80 peratus tidak mengesyaki bahawa teman masing-masing menghadapi masalah kesuburan.
Gambar-Sekadar Hiasan
Menurut takrif Pertubuhan Kesihatan Sedunia, ketidaksuburan ialah ketidakupayaan untuk hamil selepas setahun melakukan seks tanpa perlindungan. Tetapi, hanya 43 responden mengetahuinya.
Hanya 30 peratus wanita itu, semuanya berusia 25 hingga 40 tahun, tahu bahawa obesiti boleh mengurangkan kesuburan dan hanya 36 peratus sedar bahawa peluang untuk mereka hamil berkurangan dengan usia yang semakin meningkat.







0 ulasan:
Catat Ulasan